Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You 4

“ BETUL ke kamu tak nak tumpang tuan muda? Tak perlu kamu susah payah tunggang basikal ke sekolah,” pujuk Mak Cik Inoue.

         Kotomi sudah bersiap untuk ke sekolah. Dari bilik dia sehinggalah dia bersedia untuk menunggang basikal, sudah berkali-kali wanita itu memujuknya untuk ke sekolah dengan anak majikannya. Sudah berkali-kali juga dia menolak pelawaan wanita itu. Katanya, dia lebih selesa ke sekolah dengan menunggang basikalnya.

            “ Tak apalah, mak cik. Saya ke sekolah dulu,” kata Kotomi. Mak Cik Inoue mencium dahi gadis itu sebelum Kotomi menunggang basikal keluar dari perkarangan Haru Mansion.

            Jarak HIHS dengan Haru Mansion hanya mengambil masa lima belas minit jika dia berbasikal. Jalan menuju ke HIHS juga lengang kerana sekolah itu terletak dalam kawasan perumahan elit. Sebarang kemasukan ke dalam kawasan perumahan ini akan dicatat. Kotomi menghidupkan MP3nya. Lagu kumpulan kegemarannya kedengaran di cuping telinga. Flower Lady oleh Tohoshinki. Dia menyanyi perlahan. Tanpa disedarinya, sebuah kereta sedang bergerak di belakangnya. Bunyi hon kereta menarik perhatiannya. Kotomi menghentikan basikalnya lantas menoleh ke belakang. Sebuah kereta Bentley hitam metalik berada di belakangnya. Kotomi mengerutkan dahi. Dia turun dari basikalnya.

            Siapa tu?

            Pintu kereta dibuka. Sesusuk tubuh yang dikenalinya keluar dari kereta mewah itu.

            Pak Cik Ozu!”

            Pak Cik Ozu berjalan mendekati Kotomi. Kira yang berada di dalam kereta terkejut. Dia kenal benar dengan gadis yang menunggang basikal itu. Itu gadis yang berani menengking dia kembali tempoh hari. Kakinya yang dipijak oleh gadis itu terasa berdenyut kembali.

            Budak kecik tu cucu saudara Mak Cik Ono ke? Gila!

            Kotomi nak ke sekolah ke? Kenapa tak pergi dengan tuan muda sekali?” tanya Pak Cik Ozu.

            “ Tak perlulah, pak cik. Menyusahkan je,” balas Kotomi. Dia tidak menyedari tingkahnya itu diperhatikan oleh Kira yang masih berada dalam kereta.

            “ Tak apalah. Pak cik ke sekolah dulu. Setiap pagi, pak cik akan teman tuan muda ke sekolah. Tunggang basikal baik-baik ye, Kotomi. Hati-hati,” pesan pak Cik Ozu. Kotomi mengangguk.

            “ Baiklah, pak cik. Saya pergi dulu,” kata Kotomi. Dia kembali menunggang basikalnya. Setelah Kotomi hilang dari pandangan barulah Pak Cik Ozu masuk kembali ke dalam perut kereta.

            “ Itu ke cucu saudara Mak Cik Ono?” tanya Kira sebaik sahaja lelaki tua itu melabuhkan punggung di sisinya.
       
            Pak Cik Ozu mengangguk. “ Namanya Kotomi. Pak cik harap tuan muda boleh berkawan dengannya.”

            Kira senyum sinis. “ Pak cik jangan bimbang. Saya akan berkawan baik dengan budak tu nanti.”

            Kira ketawa dalam hati. Hanya dia sahaja yang faham maksud kata-katanya tadi. Gadis itu sudah ditemui. Dia akan melaksanakan rancangannya tak lama lagi.


“ AKU dah jumpa budak tu!”

            Shin mengalih pandang dari komik yang dibacanya. Toma dan Hiro masih setia menonton video klip ciptaan Hiro di dalam laptop. Sesekali, ketawa mereka berdua memecah suasana. Kelas mereka riuh dengan gelak ketawa pelajarnya. Jam baru sahaja menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dua masa pertama hari ini ialah mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sebentar lagi, mereka perlu ke padang. Walaupun HIHS merupakan sekolah persendirian, namun mata pelajaran yang dibenci kebanyakan pelajar itu masih lagi diteruskan.

            “ Kau jumpa dia kat mana?”

            “ Kau ingat tak, aku ada beritahu korang semua pasal gadis yang menggantikan pembantu rumah aku tu?”

            “ Takkanlah...”

            “ Memang dia!” kata Kira tanpa menunggu Hiro menghabiskan ayatnya. Hiro mengerutkan dahinya. Toma menggeleng-gelengkan kepalanya. Ketiga-tiga sahabatnya tidak tahu apa yang patut dikatakan lagi.

         “ Oh... gadis tu patut menyesal sebab buat kau macam tu,” kata Hiro setelah sekian lama mendiamkan diri.

         “ Aku sokong cakap Hiro. Gadis tu memang tak patut buat kau macam tu,” kata Shin pula. Toma mengangguk.

         Kira tersengih. “ Korang jangan bimbanglah. Aku ada plan baik ni. Nak tahu tak?”

         Mereka bertiga mendekati Kira. Waktu untuk Pendidikan Jasmani telah tiba, kesemua rakan sekelas mereka telah menuju ke bilik persalinan. Namun itu semua tidak dihiraukan oleh mereka berempat. Shin, Hiro serta Toma sedang khusyuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Kira. Sesekali mereka berempat akan ketawa. Setelah Kira menghabiskan ayatnya, kesemua rakannya ketawa besar.

         “ Baik punya plan. Kau teruskanlah. Kami bertiga akan tolong kau laksanakan plan kau nanti kalau kau perlukan kami,” kata Hiro. Kira tersengih.

         “ Terima kasih, semua.”

         “ Tapi kau lupa satu perkara!” celah Shin.

         “ Apa dia?”

         Shin tersengih. “ Kalau kau nak kenakan budak tu berpada-padalah, jangan teruk sangat. Sekadar kejutkan dia je.”

         Kira diam sejenak. Dia sedang memikirkan sesuatu. Tiba-tiba, dia tersenyum.

         “ Aku rasa aku tahu apa patut aku buat kalau nak ikut konteks ‘ berpada-pada’ tu. Kau tak payah bimbanglah.”


No comments:

Post a Comment

TVXQ - Lovin' You