Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You 5

KOTOMI keluar dari biliknya sebaik sahaja dia selesai membersihkan dirinya. Uniform hitam putih itu tersarung di tubuhnya. Kotomi tersenyum puas. Dia perlu menemui Mak Cik Inoue dahulu sebelum dia memulakan tugasnya. Sementelah lagi dia tidak tahu apa yang patut dilakukan olehnya.

         “ Mak Cik Inoue,” sapa Kotomi. Mak Cik Inoue sedang menyusun kuntuman bunga ros di ruang tamu. Beberapa kuntuman bunga ros sudah digubah cantik oleh Mak Cik Inoue.

         “ Kamu dah makan?”

         Kotomi mengangguk sekilas. “ Apa tugas saya, mak cik?”

         “ Kamu pergi tolong Pak Cik Watabiki di rumah kaca. Dia tengah menyusun pasu dalam tu. Mungkin dia perlukan bantuan kamu,” cadang Mak Cik Inoue.

         “ Ba…” sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya, seseorang telah  mencelah percakapan dia. Kotomi merasakan ada tangan yang diletakkan pada bahunya.

         “ Dia boleh tolong Pak Cik Ozu kemas bilik bacaan saya. Boleh, mak cik?”

         Kotomi tergamam. Dia segera menoleh ke belakang. Apa yang dilihatnya benar-benar memeranjatkan dia.

         “ Awak?”

         Kira tersengih. Cengkamannya pada bahu Kotomi dikuatkan lagi. Kira menghadiahkan senyuman kepada Kotomi sebelum dia bercakap dengan Mak Cik Inoue. Degupan jantung Kotomi semakin kuat. Dia langsung tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi ‘ mangsanya ’ tempoh hari merupakan anak majikan nenek saudaranya. Tidak!!! Mahu sahaja dia lari dari situ.

         “ Baiklah. Kotomi, kamu pergi tolong tuan muda, boleh?” tanya Mak Cik Inoue, tidak menyangka bahawa ada sesuatu yang telah terjadi antara mereka berdua.

         “ Er… em… baik… baiklah.” Tanpa ada pilihan lain, Kotomi bersetuju. Mak Cik Inoue menghilang ke dapur. Hanya tinggal Kotomi dan Kira sahaja di ruang tamu.

         “ Budak kecil, sekarang ni kau pembantu di rumah ni. Aku akan minta dengan Mak Cik Inoue, kau akan jadi pembantu peribadi aku. Kau tentu gembira, boleh jumpa dengan aku sekali lagi, kan?” kata Kira sarkastik. Dia memandang sinis ke arah Kotomi.

         Kotomi mendengus. Wajahnya dimasamkan. Namun, dalam hati tiada siapa yang tahu betapa takutnya dia. Dia tahu lelaki yang diserangnya tempoh hari merupakan pujaan gadis di sekolahnya, namun dia sama sekali tidak menyangka bahawa nenek saudaranya bekerja untuk keluarga Masashi. Apa yang dia tahu, anak majikan nenek saudaranya turut belajar di sekolah yang sama dengannya. Salahnya juga, tidak tahu nama keluarga majikan nenek saudaranya.

         “ Awak ingat saya pembantu di sini awak boleh ejek saya sesuka hati? Awak...” Kira menyambar lengan Kotomi tanpa berkata apa-apa. Dia menarik Kotomi menuju ke bilik bacaannya. Pintu bilik dibuka. Dia menolak Kotomi ke dalam.

         “ Lembut sikit boleh tak?” marah gadis itu. Dia memegang lengannya yang ditarik kasar oleh Kira. Kira tersengih.

         “ Kau yang pijak kaki aku tempoh hari tu tak apa pulak?” tanya Kira.

         “ Yang awak ejek saya tu kenapa? Tanggung sendirilah!”

         Kotomi ingin keluar dari bilik itu, namun tangan kasar Kira sempat mencapai lengannya. Sekali lagi dia terdorong ke dalam bilik. Kira tidak melepaskan pegangannya dari lengan Kotomi, tidak membenarkan gadis itu keluar dari bilik bacaannya. Kotomi merenung tajam ke arah Kira.

         “ Awak ni kenapa?” marahnya. Sudah dua kali dia ditarik dengan kasar oleh Kira. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menendang kaki budak sombong itu. Namun apabila mengenangkan nenek saudaranya bekerja dengan ibu bapa budak lelaki itu, dia terpaksa mengalah.

         “ Aku takkan lepaskan kau. Kau kena janji dulu, jangan nak lari lagi,” gertak Kira. Dia menguatkan cengkamannya. Kotomi mengaduh kesakitan.

         “ Yelah, yelah. Awak nak saya buat apa?”

         Kira melepaskan pegangannya. Kotomi segera mengusap lengannya. Kelihatan bekas berwarna kemerah-merahan di lengannya akibat cengkaman Kira yang kuat. Simpati menguasai Kira apabila melihat keadaan gadis bertubuh kecil itu sebegitu.

         “ Sakit ke?” lembut dia bertanya.

         Kotomi menggeleng. Apahal pulak dengan mamat ni? Nak buat baik dengan aku pulak tu.

         “ Awak nak saya buat apa?” tanyanya malas. Dia dah malas mahu melayan perangai anak majikan nenek saudaranya itu. Kotomi melihat sekeliling bilik bacaan kepunyaan Kira. Hatinya tercuit. Bilik bacaan ini memang cantik. Warna pastel biru melatari dinding. Langsir putih menghiasi tingkap dan pintu lungsur.

         “ Kau tolong aku buang barang yang dah lama. Bawa ke tempat pembakaran. Dah banyak kertas yang bertimbun dalam ni. Ikut aku.” Tanpa banyak soal, Kotomi mengikut langkah Kira. Nampaknya, Kira dah berlembut dengan dia. Kotomi mengeluarkan beberapa buah kotak sederhana besar dari bawah meja belajarnya. Kotomi menjenguk isi kotak itu. Sebahagian besar isi kotak itu mengandungi nota-nota muzik. Terdapat not-not muzik yang terlakar di atas kertas-kertas itu. Kotomi duduk di atas lantai bersebelahan dengan Kira.

         “ Awak nak buang semua not muzik ni?” tanyanya. Kotomi mengambil sehelai daripada not muzik itu. Dia meneliti apa yang ditulis di atasnya.

         Kira mengalihkan tumpuannya dari bawah meja belajarnya. Dia baru sahaja ingin berkata sesuatu, namun apa yang sedang dilakukan oleh Kotomi menarik minatnya. Kotomi cuba menyanyikan lagu itu.

         Kira tersenyum. Dia menarik helaian kertas itu dari Kotomi. “ Kalau tak tahu nak nyanyi lagu ni, baik jangan nyanyi,” usik Kira. Dia mengusap kepala Kotomi, seolah-olah Kotomi itu adiknya. Kotomi mencebik. Tangan Kira ditolak.

         “ Suka hatilah!”

         Kira tersengih. “ Dah. Jangan kacau, tolong aku kemas kertas-kertas ni.”

         “ Semua not muzik ni awak yang karang ke?” tanya Kotomi.

         Kira menghentikan kerjanya secara mendadak. Pertanyaan Kotomi menyentap jantungnya. Kotomi mengerutkan dahinya. Kira seolah-olah terperanjat dengan pertanyaannya.

         “ Awak?”

         Kira menggeleng. “ Dah, buat je kerja tu. Tak payah banyak tanya. Aku nak keluar sebentar, jangan usik apa-apa kecuali barang-barang ni je. Aku keluar dulu,” tanpa menoleh ke arah Kotomi, Kira segera keluar dari bilik bacaannya.

         “ Salah ke apa yang aku tanya?” tanyanya sendirian.

         Kira yang berada di luar bilik sedang berdiri membelakangi pintu. Tapak tangannya menekup muka, nafasnya sesak, dadanya berombak. Dia ingin memarahi dirinya sendiri kerana membiarkan Kotomi melihat semua not muzik itu. Namun itu salahnya juga, dia yang meminta Kotomi menolongnya. Muka Kira bertambah merah. Dia perlukan Pak Cik Ozu, sekarang juga.


“ TUAN MUDA KIRA suruh Kotomi buat apa tadi?” tanya Miyuki. Seperti biasa, mereka bertiga akan bersembang dahulu sebelum tidur. Kotomi mendongak memandang siling bilik. Patung beruangnya dipeluk erat.

         “ Dia minta tolong kemaskan barang dia, tu je,” katanya perlahan. Peristiwa petang tadi masih terbayang di mindanya. Sebaik sahaja Kira keluar, dia tidak kembali langsung ke bilik bacaan itu. Kotomi hanya menyusun kembali kotak-kotak itu kembali di tepi meja itu dan meninggalkannya di situ begitu sahaja. Dia bimbang jika dia membakar kesemua isi kotak-kotak itu, ada sesuatu yang masih belum diambil oleh Kira.

         “ Tak ada perkara lain?” tanya Fuyuki pula.

         Lantas, Kotomi menggeleng. Selimutnya dibawa rapat ke dagu. Dia berpusing ke kiri dan menyembunyikan mukanya dengan patungnya. Miyuki dan Fuyuki hanya berpandangan sesama sendiri.

No comments:

Post a Comment

TVXQ - Lovin' You