Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You 8

BEBERAPA buah kotak sederhana besar diletakkan di kawasan pembakaran. Kotomi mengeluh kuat. Dia mengesat peluh yang menitik di dahi. Dia mendongak. Matahari masih setia memancarkan sinarnya. Kotomi melabuhkan punggungnya di atas rumput yang tumbuh menghijau. Sedang dia seronok mengelamun, dia merasakan sesuatu yang sejuk ditekapkan di pipinya. Kotomi segera mendongak. Wajah Kira menyapa matanya.

            “ Apa?” tanyanya malas.

            Kira tersenyum. Setin jus oren yang sejuk ditujukan kepada Kotomi. Kotomi mencapai tin minuman itu lantas meneguknya rakus. Tekaknya telah lama kering. Sebaik sahaja dia pulang ke Haru Mansion dan mandi, dia terus ke bilik bacaan Kira untuk memulakan tugasnya. Kotomi juga tidak sempat makan apatah lagi minum.

            “ Terima kasih,” ucap Kira.

            “ Untuk apa?”

            “ Tolong aku kemaskan semua ni.”

            “ Walau apapun, saya kena laksanakan juga apa yang awak arahkan. Awakkan tuan muda saya,” katanya perlahan. Kotomi menguis rumput dengan hujung kasutnya. Kira menjentik dahi Kotomi.

            “ Apa?” tanyanya marah. Dia mengusap dahinya yang pedih dijentik Kira.

            “ Jangan cakap macam tu, budak kecil. Nanti ada yang kena jentik sekali lagi. Suka betul cakap macam tu.” Kira ketawa. Kotomi mendengus. Dia mendongak ke atas. Langit hari ini kelihatan biru jernih tanpa dilitupi awan. Matahari juga bersinar terang. Angin bertiup lemah menyapa pipinya.

            “ Kau tak nak sertai acara pentas ke?”

            Kotomi menggeleng. “ Saya lebih suka kerja di belakang pentas. Saya bukannya jenis orang yang boleh berdepan dengan khalayak ramai. Baru berdiri atas pentas dua saat, sedar-sedar je terbaring atas sofa.”

            “ Kau boleh cuba.”

            “ Tak nak!”

            “ Betul ke? Nanti aku daftar nama kau untuk acara nyanyian,” usik Kira.

            “ Tak nak!” Kotomi memeluk lututnya, menyembunyikan wajahnya daripada pandangan Kira. Kira menarik lengannya.

            “ Betul ke? Kau tak nak jadi duet aku untuk nyanyian? Kalau kau nak, aku akan daftar nama kita berdua,” usiknya lagi. Kotomi pantas menggeleng. Tingkah Kotomi hampir membuatkan Kira ketawa.

            “ Tak nak! Saya cakap tak nak, tak naklah.”

         Kira ketawa.

            “ Budak ni nak aku pengsan atas pentas ke?” gumamnya perlahan, namun dapat ditangkap oleh telinga Kira. Kira ketawa dalam hati.

            “ Jom,” ajak Kira tiba-tiba. Kotomi mengalih pandangannya ke arah Kira. Dahinya berkerut.

            “ Ke mana?” tanyanya. Nak ajak aku ke mana pulak ni?

            “ Ke dapur, nak? Kau belum makan lagi, kan?”

            Sebaik sahaja Kira menghabiskan ayatnya, Kotomi segera tersenyum lebar. Perutnya sudah ingin menyanyi sumbang sejak dia pulang dari sekolah lagi. Kotomi mengangguk.

            “ Nak,” kata Kotomi sepatah tanpa berfikir apa-apa lagi.

            Kira ketawa dalam hati. Nampaknya, Kotomi betul-betul lapar. Mana tidaknya, gadis itu masih belum sempat menjamah makanan lagi setelah pulang dari sekolah. Kira menggamit Kotomi menuju ke dapur. Dia benar-benar selesa berdampingan dengan gadis bertubuh kecil itu.


MAK CIK INOUE mengeluarkan sebiji kek coklat lembap dari peti sejuk. Kek itu dihidangkan di atas meja. Pisau diambil dan dia memotong kek itu lantas diletakkan di atas piring. Kira segera mencapai piring itu dan menyuap kek itu dalam mulutnya.

            “ Tuan Muda Kira dah lama tak makan kek yang mak cik buat, betul tak?” tanya Mak Cik Inoue disertakan dengan senyuman.

            Kira mengangguk. “ Saya betul-betul sukakan kek ni, tapi saya tak sampai hati nak suruh mak cik buatkan saya kek ni.”

            “ Kalau tuan muda nak makan, cakap je pada mak cik. Bukannya susah nak buat kek ni. Kotomi, kamu pandai buat kek atau pastri?” Mak Cik Inoue mengalihkan pandangannya ke arah Kotomi pula. Kotomi tercengang seketika. Lambat-lambat dia mengangguk.

            “ Kamu pandai buat kek apa?”

            “ Err... kek buah-buahan segar, kek strawberi dan kek keju. Tapi, saya lebih suka buat kek keju,” kata Kotomi gembira.

            “ Esok tolong mak cik buat kek, boleh?”

            “ Erk?”

            Kira yang diam sahaja dari tadi, menyampuk. “ Tak payahlah mak cik, nanti tak pasal-pasal pulak saya masuk hospital sebab kena cirit-birit,” kutuknya. Dia tersenyum sinis. Kotomi mengetap bibir.

            “ Tuan muda, tak elok tuan muda cakap macam tu,” tegur Mak Cik Inoue. Wanita itu bimbang sekiranya Kotomi terasa hati walaupun dia tahu anak muda sekadar ingin bergurau.

            “ Tak ada apa-apalah, mak cik. Lebih baik mak cik buat sendiri je kek tu. Saya tak nak masuk hospital esok.”

         “ Tuan muda,” tegur Mak Cik Inoue lagi. Kira tersenyum.

            “ Betullah apa yang saya cakap. Mak cik nak ke masuk hospital sebab kek budak kecil ni? Dahlah kecil, entah-entah kek yang dia buat tu masam ke, terlampau manis ke. Kita mana tahu,” kutuk Kira lagi. 

            “ Awak!”

            “ Apa?” tanyanya selamba. Kira buat bodoh. Dia terus menyuap kek ke mulutnya seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kotomi melihat kek yang masih belum dimakannya. Sesuatu terlintas dalam kepalanya. Kotomi tersenyum sinis. Dia terus mencapai piring dan...


“ APA yang berlaku?” tanya Fuyuki tiba-tiba. Dia memandang ke arah kembarnya. Miyuki berhenti daripada melakukan kerjanya.

         “ Kenapa, Fuyuki?”

            “ Aku dengar suara orang menjerit. Dari dapur agaknya,” kata Fuyuki. Sebentar tadi, dia mendengar suara orang menjerit. Tetapi, dia tidak dapat mengagak suara siapakah itu.

            “ Mungkin ada orang menjerit sebab jumpa tikus atau lipas kot?” teka Miyuki.

            “ Tikus dan lipas ada ke menghuni kat rumah ni? Sepanjang berbelas-belas tahun kita tinggal kat sini, tak pernah lagi aku jumpa binatang-binatang tu,” kata Fuyuki lagi. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut.

            “ Betul jugak cakap kau,” kata Miyuki. Mereka berdua sama-sama menoleh ke belakang, melihat ke arah dapur.    




No comments:

Post a Comment

TVXQ - Lovin' You