Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You 1

HIASAN dalaman rumah agam itu diperhatikannya dengan rasa kagum. Rumah yang berkonsepkan klasik Perancis itu benar-benar membuatkan dia terpegun. Warna ungu lembut dan putih melatari dinding rumah itu. Perhiasan-perhiasan rumah yang mahal menghiasi rumah agam itu. Sebuah kolam air terjun arca kristal berbentuk dewi jelita sedang memeluk seekor burung phoenix di ruang tengah rumah agam itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan, dia menapak mendekati kolam itu. Air turun dari sekeliling rambut dewi itu memenuhi kolam yang berukir indah itu. Dia menarik senyum.

         “ Cik Kinimoto?” sapaan seseorang mematikan lamunannya. Dia segera menoleh ke belakang. Seorang gadis berambut paras bahu berdiri di belakangnya. Gadis itu tersenyum manis.

         “ Sila ikut saya. Puan Tezuka hendak bertemu dengan cik,” kata gadis itu.

         Dia mengangguk. Langkah gadis itu diikutinya. Jantungnya berdegup kencang.


KIRA membetulkan ikatan tali lehernya. Butler di Haru Mansion merangkap pembantunya , Pak Cik Ozu setia menunggu di dalam bilik. Lelaki tua itu hanya diam tidak bersuara.

         “ Dengar kata ada pembantu baru, betul ke?” tanya Kira. Kot hitam disarung ke badan. Dia duduk berhadapan dengan cermin besar. Membetulkan gaya rambutnya. Setelah berpuas hati, dia berpaling menghadap Pak Cik Ozu.

         “ Ya. Mak Cik Ono minta tempatnya diganti sempena ketiadaan dia ke Hokkaido. Cucu saudaranya akan bekerja sambilan di sini,” terang Pak Cik Ozu. Kening Kira hampir bercantum.

         “ Bekerja sambilan? Budak tu masih belajar ke?” tanya Kira. Dia mencapai sebiji epal merah yang berada dalam bakul buah-buahan yang terletak di atas meja. Dia menggigit epal itu lalu dikunyah perlahan. Beg sandang diletak di bahu. Kira berjalan keluar dari bilik.

         Pak Cik Ozu mengangguk sambil menuruti langkah Kira. “ Dia sebaya dengan Tuan Muda Kira atau muda setahun, pak cik tak pasti. Tapi, gadis tu dah pindah masuk dalam rumah ni.”

         “ Boleh ke budak tu buat kerja?” tanya Kira lagi.  

         “ Mak Cik Inoue dah aturkan jadual untuk dia. Lagipun, kehadiran gadis tu sekadar memenuhi permintaan Mak Cik Ono. Puan pun dah setuju. Kalau diikutkan hati puan, puan tak nak gadis tu bekerja. Cukuplah hanya tinggal di sini sementara Mak Cik Ono tiada. Tapi, Mak Cik Ono tak setuju. Dia nak cucu saudaranya itu bekerja juga.”

         “ Dia belajar di mana?”. Epal merah itu digigit lagi.

         “ Tak salah pak cik, sekolah yang sama dengan tuan muda. Hanami International High School.”

         Erk? Kira merasakan epal itu tersekat di kerongkongnya. Dia batuk. Wajah Pak Cik Ozu dipandangnya serius.

         “ A… apa? Dia sekolah kat situ jugak?” tanyanya tidak percaya.

         Teragak-agak lelaki tua itu mengangguk. Kira menepuk dahi. Bala...

3 comments:

  1. hi ^^
    i'm an avid fanfics reader, and a cassie too.
    tak sangka ada penulis tulis novel n watak2 based on jaejoong n yunho. in malay pulak tu!
    do you have other novel? do you write in english too? there's a oneshot fanfic writing contest in Malaysian Cassiopeia group in FB. it'll be great if u join it too. ^^

    ReplyDelete
  2. thanks lea~
    this is my first novel, not just a fanfic^^
    i'm glad to join the contest, but i have my SPM first this year^^
    do enjoy read my first novel if you don't feel it burdensome.. tq^^

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.....
    kalau akak nk tahu.....
    inilah novel yg paling istimewa buat adik.
    adik bace ni, mengambil masa 2 hari je bace
    sebab adik memang minat jepun masa adik 9 tahun lagi
    pastu tengok sinopsis... alamak!! jepun laa!!!
    pastu adik beli terus novel ni
    adik menangis baca buku akak.....
    mmg real punya cerita dan betapa peritnya cinta boleh jadi kn?
    adik suka buku akak !!!!!
    harap akak buat lagi novel jepun in malay cmni
    ( adik pon minat k-pop gak skit )

    peminat setia.... Emira
    xoxo
    assalamualaikum <3

    ReplyDelete

TVXQ - Lovin' You