Wednesday, November 3, 2010

Lovin' You 2

“ MANA mereka berdua ni?”

         Kotomi melihat jam tangannya. Hampir pukul 9 pagi. Sebentar lagi, kelas masakan akan bermula. Namun, kelibat tiga orang sahabat karibnya masih belum kelihatan. Kebiasaannya, mereka berempat akan bertemu di Dewan Besar ini.

         Buku dan fail dicapai dari lokar. Pintu lokar ditutup lantas dikunci. Sebaik sahaja Kotomi ingin memusingkan badannya ke kanan, dia terlanggar seseorang. Buku dan failnya jatuh di atas lantai. Dia melihat siapa yang dilanggarnya tadi. Putera sekolahnya!

         “ Maaf, maaf, saya tak sengaja. Awak tak apa-apa?” tanya Kotomi cemas. Dia menghulurkan tangannya ingin membantu budak lelaki itu bangun, namun tangannya ditepis kasar.Budak lelaki itu segera bangun dan duduk bercekak pinggang di hadapan Kotomi.

         Gila! Tingginya mamat ni. Aku baru paras dada dia, Kotomi terpaksa mendongak. Wajah lelaki itu ditenungnya.

         “ Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Saya benar-benar minta maaf,” ulang Kotomi. Berulang kali dia tunduk memohon maaf.

         “ Kau ingat aku ni patung ke? Senang je kau nak langgar?” sinis lelaki itu bertanya. Kotomi tergamam.

         “ Saya minta maaf, saya tak sengaja,” kata Kotomi lagi. Wajah merah padam lelaki itu tidak berani dipandangnya. Dia merenung kasut hitam yang tersarung di kaki.

         “ Senang je kau nak minta maaf. Kau memang sengaja buat macam ni, kan? Dasar perempuan murahan,” sarkastik lelaki itu menuturkan ayat tanpa nada. Kotomi merasakan darah naik ke pipinya. Tanpa sebarang amaran, tangannya ringan menarik tali leher lelaki itu. Hampir terjatuh lelaki itu dibuatnya.

         “ Hoi! Gila ke?”

         Dahi lelaki itu ditolak kuat. Kaki lelaki itu dipijak sekuat hati.

         “ Hoi!” marah lelaki itu. Dahinya dipegang. Terhincut-hincut dia menahan sakit di kaki.

         “ Oi, jangan ingat saya terlanggar awak, awak boleh cakap macam-macam pada saya, tau? Tolong jaga sikit mulut awak tu! Dasar putera bongkak. Awak ingat awak jadi pujaan ramai saya tak takut ke?” marah Kotomi. Buku dan fail yang tergeletak di atas lantai dikutip. Dia segera berjalan pergi meninggalkan lelaki itu. Sebelum sempat dia keluar dari Dewan Besar itu, lelaki itu memanggilnya kembali. Kotomi lekas berpaling.

         “ Ada apa?” keras Kotomi bertanya. Mahu sahaja dia menampar lelaki itu. Dia memang pantang dihina sebegitu. Lebih-lebih lagi oleh kaum lelaki. Dalam kelembutan dan kesabaran yang dimilikinya, itu tidak bermaksud dia akan berdiam diri jika dihina dengan panggilan perempuan murah.

         “ Hoi, budak kecik! Jangan biar aku jumpa lagi dengan kau! Kalau tidak, teruk kau aku kenakan!” marah lelaki itu.

         Kotomi menjelirkan lidahnya. Tanpa berkata apa-apa lagi, dia segera berlalu meninggalkan lelaki itu yang masih terjerit-jerit memanggilnya.


KIRA menghempaskan begnya ke atas meja. Toma, Shin dan Hiro yang leka bermain PSP menoleh ke arahnya. Kira mendengus kuat.

         “ Ada apa? Nampak marah semacam je?” tanya Shin. Dia mengambil tempat duduk di sisi Kira. Toma dan Hiro turut berdiri berhadapan dengan Kira. Masing-masing hairan melihat wajah masam Kira.

         “ Aku jumpa perempuan gila tadi,” kata Kira tanpa berdolak-dalih. Peristiwa tadi masih dikenangnya hingga sekarang.

         “ Perempuan gila? Maksud kau kumpulan si Yui yang tergila-gilakan kau tu ke?” tanya Hiro.

         “ Bukan.”

         “ Habis tu?”

         “ Perempuan gila tu langgar aku. Aku tengah serabut fikiran masa tu, aku tengking dia. Dia minta maaf. Aku tengking dia lagi. Lepas tu dia buat hal. Ada ke patut perempuan tu tolak dahi aku? Dahlah kuat, dia pijak pulak kaki aku. Geram betul aku dengan budak tu,” terang Kira. Dia menggosok dahinya yang masih sakit.

         “ Salah kau jugak. Budak tu dah minta maaf, tapi kau tengking balik budak tu, mana budak tu tak bengang. Dia junior kita ke?” Toma mencelah.

         “ Aku rasa budak tu junior kita. Tengok tubuh kecik semacam je. Adalah paras dada aku budak tu,” kata Kira lagi. Tubuh kecil molek gadis yang ‘ menyerangnya’ tadi terbayang di minda.

         “ Keciknya. Kau tu dahlah tinggi macam zirafah,” kata Toma lagi. Hiro dan Shin ketawa. Kira turut tersenyum.

         “ Aku bukannya nak marah sangat budak tu pasal dia langgar aku. Tapi, yang aku geram sebab dahi dan kaki aku jadi mangsanya. Tak padan kecik, sakit gila dibuatnya,” kata Kira lagi.

         “ Kalau kau jumpa dia lagi, kau nak buat apa?” tanya Shin.

         Kira tersengih. “ Kau akan tahu nanti.”


NORI dan Ran mendekati Kotomi yang sedang mengelamun di tingkap. Bahu Kotomi ditepuk mesra. Kotomi segera menoleh.

         “ Korang rupanya. Kenapa?” tanya Kotomi. Dia melempar pandangan ke luar tingkap. Memerhatikan kolam air terjun yang terletak di taman sekolah. Beberapa orang pelajar sedang berada di taman itu. Bersama dengan kanvas putih dan alatan melukis. Mungkin para pelajar dari jurusan seni lukis, fikirnya.

         “ Dari tadi lagi kitorang tengok kau termenung je. Kenapa? Kau ada masalah?” tanya Ran.

         Kotomi menggelengkan kepalanya. “ Tak ada apa-apalah. Jangan bimbang,” kata Kotomi. Dia mengukir senyum di bibir.

         Ini tahun kedua Kotomi belajar di sini. Jika nenek saudaranya tidak bermurah hati untuk membiaya pelajaran di sekolah elit ini, mungkin Kotomi tidak akan berada di sini. Nenek saudaranya bekerja sebagai ketua pembantu rumah di sebuah rumah orang kaya. Hampir kesemua pelajar yang bersekolah di sini berasal daripada golongan berada. Begitu juga dengan Nori serta Ran. Ibu bapa mereka merupakan ahli perniagaan yang berjaya. Sementara ibunya hanya bekerja sebagai pendandan rambut di Hokkaido. Walaupun begitu, ketiga-tiga sahabat karibnya menerima Kotomi seadanya. Selama ibunya di Hokkaido, Kotomi tinggal dengan nenek saudaranya. Namun kini, nenek saudaranya telah ke Hokkaido dan akan menetap di sana selama enam bulan. Kotomi akan tinggal dengan majikan neneknya dalam tempoh itu. 

         “ Betul kau tak ada masalah?” tanya Nori.

         “ Betul, aku tak ada masalah. Sekarang ni masa rehat, kan? Jom ke kafe. Aku dah lapar ni,” kata Kotomi. Wajahnya diceriakan. Dia memaut lengan kedua-dua sahabatnya itu, berjalan keluar dari kelas.  




1 comment:

  1. jalan cter yang best ,semoga nanti jadi novelis yg
    fames hik ^^.

    ReplyDelete

TVXQ - Lovin' You